Lesbian, gay, biseksual dan transgender: perspektif undang-undang jenayah syariah

Mahfudzah Mohamad, (2015) Lesbian, gay, biseksual dan transgender: perspektif undang-undang jenayah syariah. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 19 . pp. 29-36. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
54kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum

Abstract

Penulisan ini membincangkan isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dari perspektif undang-undang jenayah syariah. Ianya tertumpu kepada defi nisi LGBT dari perspektif konvensional dan syariah. Senario kumpulan LGBT di Malaysia serta status kesahan perlakuan LGBT juga turut dianalisis dari perspektif perundangan jenayah syariah. Penulisan ini seterusnya menerangkan pendekatan agresif yang diguna pakai oleh kumpulan tersebut dalam memperjuangkan hak mereka sebagaimana yang dilihat dalam kes Muhamad Juzaili bin Mohd Khamis & Ors v Kerajaan Negeri Sembilan & Ors baru-baru ini. Pendekatan agresif yang digunakan untuk menyelamatkan apa yang kononnya dianggap sebagai hak membuktikan keingkaran mereka terhadap prinsip-prinsip syariah yang jelas mengharamkan perlakuan seks luar tabiie yang diterima serta dianjurkan oleh kumpulan tersebut. Mahkamah Rayuan Malaysia pada awalnya memutuskan bahawa seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (EJSNS) sebagai batal dan tidak sah walaupun keputusan tersebut kemudiannya diterbalikkan oleh Mahkamah Persekutuan yang mengeluarkan keputusan yang memihak kepada peruntukan undang-undang syariah tersebut.

Item Type:Article
Keywords:LGBT; Undang-undang jenayah syariah; Prinsip syariah; Hak
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:9852
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2016 07:52
Last Modified:14 May 2019 04:43

Repository Staff Only: item control page