Jenayah sihir di Malaysia: permasalahan dan cadangan pelaksanaan undang-undang

Mohd Sabree Nasri, (2015) Jenayah sihir di Malaysia: permasalahan dan cadangan pelaksanaan undang-undang. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 19 . pp. 51-58. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
58kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum

Abstract

Amalan ilmu sihir bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat di Malaysia. Malah amalan ilmu hitam ini telah lama berleluasa berikutan ketiadaan perundangan khusus yang boleh menghukum si pelakunya. Semenjak tahun 1975 lagi sudah kedengaran usaha yang dilakukan untuk menggubal undang-undang yang boleh menangani jenayah sihir. Sungguhpun begitu, undang-undang sihir ini masih belum menjadi realiti sepenuhnya. Justeru sudah tiba masanya undang-undang jenayah sihir dikanunkan agar pengamal sihir serta mereka yang mendapatkan khidmat sihir dapat didakwa dan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Ini sekaligus akan dapat membela nasib golongan-golongan yang ditindas dengan perbuatan yang terkutuk ini. Namun sudah semestinya terdapat pelbagai halangan ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah sihir di Malaysia. Penulisan ini mengupas pelbagai isu berkaitan sihir dari perspektif undangundang. Di samping itu, ianya turut menyarankan beberapa cadangan dan idea agar undang-undang jenayah sihir dapat direalisasikan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Jenayah sihir; Pelaksanaan undang-undang
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:9854
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2016 23:57
Last Modified:14 May 2019 04:43

Repository Staff Only: item control page