Kesan pendekatan konstruktivisme dan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera bahasa Melayu

Syahida Nadia Zakaria, (2015) Kesan pendekatan konstruktivisme dan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 5 (2). pp. 12-21. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
462kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Komponen Sastera (Komsas) dengan pendekatan tradisional terhadap pencapaian murid tingkatan dua. Sebanyak 66 murid tingkatan dua dipilih sebagai subjek kajian daripada sebuah sekolah menengah di daerah Kluang yang dijalankan menggunakan kajian kuasi eksperimen. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah ujian pra-ujian pasca kumpulan kawalan tidak serupa. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen menggunakan pendekatan konstruktivisme dan kumpulan kawalan menggunakan pendekatan tradisional. Ujian-t telah digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian murid dalam ujian pra bagi kedua-dua pendekatan, tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pasca. Dalam ujian pasca, min markat bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding min markat kumpulan kawalan. Hal ini menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme dapat membantu pelajar mempelajari Komsas Bahasa Melayu dengan baik. Implikasi kajian ini ialah guru perlu mengubah suai pendekatan pengajaran mereka agar murid dapat mempelajari Komsas dengan lebih seronok dan bermakna.

Item Type:Article
Keywords:Pendekatan konstruktivisme; Pendekatan tradisional; Komponen Sastera Bahasa Melayu (Komsas); Pengajaran dan pembelajaran; Kuasi eksperimen
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:9857
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jun 2016 01:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page