Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21

Masyuniza Yunos, (2015) Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 5 (2). pp. 22-30. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
512kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21. Domain kemahiran abad ke-21 yang dikaji terdiri daripada lima komponen utama iaitu kemahiran literasi era digital, kemahiran pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan dan penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan nilai kerohanian. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian bagi mengutip data. Seramai 280 orang murid Tingkatan 4 di daerah Segamat, Johor telah dipilih sebagai responden kajian. Analisis data yang digunakan adalah SPSS 19 sebagai alat untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap murid, dan tahap kemahiran abad ke-21 adalah tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kemahiran tersebut berdasarkan lokasi sekolah. Secara keseluruhan, hubungan sikap dengan kemahiran abad ke-21 adalah kuat dan tinggi (r=0.711, 0.673).Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran abad ke-21 perlu banyak diaplikasikan dalam pengajaran guru murid-murid lebih berdaya saing dalam mempelajari Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Sikap; Bahasa Melayu; Kemahiran abad ke-21; Lokasi sekolah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:9858
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jun 2016 01:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page