Keberkesanan peta pemikiran (i-think) dalam meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6

Rohaida Yusop, and Zamri Mahamod, (2015) Keberkesanan peta pemikiran (i-think) dalam meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 5 (2). pp. 31-37. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
494kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan peta pemikiran (i-think) guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu yang melibatkan 60 orang murid di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Batu Pahat. Kumpulan murid eksperimen terdiri daripada 30 orang murid begitu juga dengan kumpulan kawalan. Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18. Dapatan kajian menunjukkan bahawa: (1) Tidak terdapat perbezaan sinifikan pencapaian antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Penguasaan penulisan Bahasa Melayu agak lemah, disebabkan kegagalan melahirkan idea yang bernas serta mengembangkan isi. (2) Terdapat perbezaan yang signifikan p<0.05 antara min skor ujian pra dengan min skor ujian pasca bagi kumpulan eksperimen. Penggunaan teknik peta pemikiran dalam pengajaran kemahiran menulis memberi kesan terhadap pencapaian murid. (3) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pra dengan min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan. Penggunaan teknik perbincangan konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dapat meningkatkan pencapaian murid. Rumusannya, penggunaan teknik peta pemikiran dalam pengajaran penulisan karangan berjaya meningkatkan penguasaan subjek dalam aspek olahan karangan. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran sebagai satu cara atau kaedah baharu yang dapat merangsang murid-murid berfikir aras tinggi seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik.

Item Type:Article
Keywords:Peta pemikiran; Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu; Penulisan karangan
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:9859
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jun 2016 01:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page