Interpretasi guru Bahasa Melayu terhadap penyerapan elemen falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional: satu kajian analisis keperluan

Mohd Khaidir Abdul Wahab, and Mohd Rashid Md. Idris, (2016) Interpretasi guru Bahasa Melayu terhadap penyerapan elemen falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional: satu kajian analisis keperluan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 6 (1). pp. 1-15. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
629kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keperluan pembangunan model falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional berdasarkan pandangan guru Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Tatacara penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian reka bentuk dan untuk tujuan pembangunan model. Berpandukan kaedah ini fasa analisis keperluan merupakan fasa pertama daripada tiga fasa yang dijalankan bagi memastikan model yang dibangunkan boleh menepati kehendak pengguna. Dalam fasa analisis keperluan ini, pengumpulan data dijalankan melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik ke atas 200 orang peserta kajian yang meliputi guru Bahasa Melayu yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak. Analisis data dibahagikan kepada empat tema utama, iaitu: (1) Persepsi guru tentang konsep Falsafah Bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu, (2) Persepsi guru terhadap konsep penyatupaduan Nasional dalam hubungannya dengan pendidikan Bahasa Melayu, (3) Tahap kemahiran guru berkaitan elemen-elemen falsafah bahasa untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran bahasa Melayu, (4) Tahap penerimaan guru terhadap penyerapan elemen falsafah bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai strategi penyatupaduan nasional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa model falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional berpotensi untuk dibangunkan. Hasil dapatan juga akan digunakan dalam fasa pembinaan model prototaip di fasa berikutnya. Penemuan ini dijangka dapat memberikan gambaran bahawa pembangunan model falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional ini diperlukan untuk memupuk penyatupaduan dalam kalangan murid pelbagai etnik berdasarkan pandangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di kawasan bandar dan luar bandar.

Item Type:Article
Keywords:Kajian pembangunan; Falsafah bahasa; Penyatupaduan nasional; Analisis keperluan; Guru Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:9862
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jun 2016 02:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page