Pembangunan dan kebolehgunaan modul berasaskan bermain bagi pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah

Aliza Ali, and Zamri Mahamod, (2016) Pembangunan dan kebolehgunaan modul berasaskan bermain bagi pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 6 (1). pp. 16-29. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
694kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Artikel ini melaporkan proses pembangunan dan penilaian kebolehgunaan modul terhadap kemahiran bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Proses pembangunan melibatkan penyediaan bahan, semakan pakar dan penilaian kandungan modul. Semasa proses pembangunan, modul disemak oleh lapan pakar bidang berbeza. Beberapa cadangan dikenal pasti dan penambahbaikan dibuat berdasarkan cadangan yang diberikan. Modul yang dimurnikan dinilai ketepatan kandungannya oleh 20 penilai, terdiri lapan pakar bidang yang sama dan 12 guru prasekolah. Proses pelaksanaan dan penilaian modul dilakukan di dua bilik darjah bagi menguji kebolehgunaan modul. Enam murid daripada dua prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dipilih bagi tujuan pengumpulan data. Setiap sekolah melibatkan tiga murid bagi tujuan ini. Selain itu, dua guru dipilih secara bertujuan untuk melakukan pengajaran di dua bilik darjah. Data kualitatif diambil melalui pemerhatian rakaman video. Kaedah pengumpulan data dibuat menggunakan rekod anekdot dan sampel kerja murid. Dapatan menunjukkan interaksi dengan bahan permainan dan rakan semasa bermain telah membantu kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa Melayu secara emergent tanpa bimbingan guru sepenuhnya. Hasil kajian ini dijangka berupaya menjadikan pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah lebih bermakna dan menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

Item Type:Article
Keywords:Pendekatan bermain; Kanak-kanak prasekolah; Kemahiran bahasa; Pembangunan modul
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:9863
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jun 2016 02:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page