Strategi peta konsep dan strategi tradisional terhadap pencapaian komsas dalam Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4

Siti Halijah Laungeng, (2016) Strategi peta konsep dan strategi tradisional terhadap pencapaian komsas dalam Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 6 (1). pp. 30-37. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
498kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan strategi peta konsep dan strategi tradisional terhadap pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan empat. Kajian kuasi-eksperimen yang telah dijalankan ini melibatkan 71 orang responden daripada kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah menengah kebangsaan di Johor. Responden dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen yang diajar melalui strategi peta konsep dan kumpulan kawalan yang diajar melalui strategi tradisional. Pengajaran telah dilaksanakan bagi lapan sesi pengajaran selama lapan minggu. Kajian ini menggunakan dua set ujian, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian KOMSAS kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan pada peringkat ujian pra dan pasca, ujian-t sampel bebas dijalankan dengan menggunakan perisian Statistic Package For Social Science (SPSS) versi 19.0 Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Min skor pencapaian dalam ujian pasca bagi pelajar kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding dengan min skor kumpulan kawalan. Min ujian pasca bagi strategi peta konsep ialah 86.32 dan sisihan piawainya 8.901, manakala min ujian pasca bagi strategi tradisional hanya 63.19 dan sisihan piawai 14.318. Perbezaan min ujian pasca antara kumpulan pelajar strategi konsep dengan kumpulan pelajar strategi tradisional sebanyak 23.13. ecara keseluruhan, peta konsep memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam KOMSAS.

Item Type:Article
Keywords:Strategi peta konsep; Pengajaran KOMSAS; Eksperimen
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:9864
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jun 2016 02:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page