Penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa

Zamri Mahamod, and Kamiliah Ayu Ab. Ghani, and Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, (2016) Penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 6 (1). pp. 38-51. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
705kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) dan kekerapan penggunananya berdasarkan kemahiran bahasa dalam kalangan murid kaum Cina berdasarkan berdasarkan sikap. Seramai 181 orang murid kaum Cina tingkatan 4 di daerah Muar, Johor dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel adalah secara rawak. Instrumen soal selidik digunakan sebagai alat kajian. Instrumen kajian menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Data dianalisis menggunakan Statistic Package For Social Science (SPSS) versi 22.0. Soal selidik ini terbahagi terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu maklumat demografi, strategi pembelajaran bahasa Melayu dan sikap. Data soal selidik ini di analisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid kaum Cina menggunakan SPB secara keseluruhannya pada tahap yang sederhana (min = 3.45). Strategi bertutur (min = 3.55) adalah strategi yang paling tinggi digunakan diikuti strategi mendengar (min = 3.53), menulis (min = 3.43) dan membaca (min = 3.29). Sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu menunjukkan tahap yang sederhana (min = 3.49). Dapatan menunjukkan bahawa murid kaum Cina menunjukkan sikap yang positif terhadap ke semua strategi dalam kemahiran bahasa. Kesimpulannya, dapatan kajian ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak dengan mengambil strategi pembelajaran sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan bukan Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Strategi pembelajaran bahasa; Bahasa Melayu; Murid Cina; Sikap; Kemahiran bahasa
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:9865
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jun 2016 03:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page