Darfizzi Derawi, and Jumat Salimon, (2016) Sintesis sebatian hidroksi-eter minyak sawit olein. Sains Malaysiana, 45 (5). pp. 817-823. ISSN 0126-6039
|
PDF
344kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num5_2...
Abstract
Sebatian hidroksi-eter-POo (80% hasil) disintesis melalui pembukaan gelang oksirana minyak sawit olein terepoksida (EPOo) secara alkoholisis. Hasil optimum pembukaan gelang oksirana (99.2%) dicapai dengan menggunakan asid sulfurik 3% v/bt pada suhu tindak balas yang tinggi (80oC) selama 30 minit masa tindak balas. Spektrum resonan magnetik nukleus-proton (1H-NMR) hidroksi-eter-POo telah menunjukkan kehadiran puncak proton pada karbon eter (3.2, 3.5 ppm) dan proton pada kumpulan hidroksil (4.8 ppm). Spektrum resonan magnetik nukleus-karbon (13C-NMR) hidroksi-eter-POo telah menunjukkan kehadiran puncak karbon yang terikat dengan kumpulan hidroksil (75 ppm) dan karbon pada karbonil kumpulan eter (72 ppm). Kelikatan kinematik hidroksi-eter-POo adalah 234.4 cSt (40oC) dan 28.1 cSt (100oC) dengan indeks kelikatan 156.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Alkoholisis; Minyak sawit olein terepoksida; Pembukaan gelang oksirana |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 9887 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Jul 2016 01:30 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:51 |
Repository Staff Only: item control page