Membangun modal insan Orang Asli: kajian peranan dan penentuan matlamat pendidikan dalam kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli di Kuantan, Pahang

Norwaliza Abdul Wahab, and Ramlee Mustapha, and Jasmi Abu Talib, (2016) Membangun modal insan Orang Asli: kajian peranan dan penentuan matlamat pendidikan dalam kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli di Kuantan, Pahang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3). pp. 1-10. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
321kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau peranan ibu bapa murid Orang Asli dalam menentukan matlamat pendidikan anak-anak lalu meningkatkan pencapaian akademik. Dalam kajian kes ini, data diperolehi daripada dua orang ibu dan dua orang bapa murid Orang Asli sebagai peserta kajian. Instrumen yang digunakan ialah protokol temu bual dan senarai semak pemerhatian sebagai alat mengumpul data. Temu bual secara mendalam dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan data kritikal daripada ibu bapa. Data temubual telah dianalisis dan dikategori mengikut tema-tema yang muncul. Triangulasi telah dijalankan terhadap data temubual dan pemerhatian untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian. Dapatan utama kajian menunjukkan bahawa ibu bapa Orang Asli mempunyai aspirasi dan matlamat untuk anak-anak mereka. Mereka juga mengatakan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti pendidikan di sekolah serta telah mengambil tindakan bagi memastikan anakanak berjaya dalam pendidikan. Ini menunjukkan ibu bapa yang mempunyai matlamat pendidikan yang jelas untuk anak-anak adalah penting bagi meningkatkan pencapaian akademik serta mengurangkan kadar ketidakhadiran anakanak ke sekolah dan seterusnya dapat mengurangkan keciciran.

Item Type:Article
Keywords:Ibu bapa Orang Asli; Jangkaan ibu bapa; Matlamat; Murid Orang Asli; Pendidikan; Penglibatan ibu bapa
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9890
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jul 2016 03:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page