Visualisasi Penjanaan Kendiri (VPK) terhadap konsep kitar karbon dalam kalangan pelajar pra universiti

Roszelina Abd.Rahman, and Maria Salih, (2016) Visualisasi Penjanaan Kendiri (VPK) terhadap konsep kitar karbon dalam kalangan pelajar pra universiti. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3). pp. 22-34. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
551kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka visualisasi penjanaan kendiri pelajar pra-univerisiti di Malaysia terhadap konsep abstrak sains ‘kitar karbon’. Ini merupakan kajian kualitatif menggunakan rekabentuk inkuiri naturalistik dan empat pelajar telah dipilih sebagai responden secara pensampelan bertujuan. Alat kajian terdiri daripada tugasan visualisasi bagi konsep kitar karbon dan protokol temu bual. Catatan memo dan jejak penyelidik diguna untuk triangulasi data daripada tugasan dan temubual. Data dianalisis dengan menggunakan teknik perbandingan konstan (constant comparative) untuk mengenal pasti pelbagai corak penjanaan visualisasi kendiri pelajar terhadap konsep abstrak tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa visualisasi kendiri pelajar terhadap konsep abstrak adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan juga melalui pembelajaran dalam kelas. Pemilihan kata kunci untuk menjana visualisasi mereka bertepatan dengan perkataan yang diguna untuk menerangkan konsep abstrak tersebut. Terdapat tiga corak penjanaan visualisasi yang timbul iaitu; penjanaan visualisasi daripada perkataan ke perkataan, daripada gambar ke perkataan dan daripada gambar ke gambar. Gambaran mental yang dijana seterusnya diterjemahkan kepada bentuk visual membolehkan pelajar memahami dan mengingati konsep abstrak yang dipelajari. Kajian awal ini merupakan sebahagian daripada kajian yang lebih besar untuk membantu mencadangkan satu rangka pengajaran dan pembelajaran konsep abstrak sains melalui visualisasi penjanaan kendiri.

Item Type:Article
Keywords:Visualisasi penjanaan kendiri; Kesedaran alam sekitar; Konsep abstrak sains; Gambaran mental, Pengajaran dan pembelajaran; Kitar karbon
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9892
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jul 2016 03:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page