Yusniza Yusof, and Lee, Ming Foong and Lai, Chee Sern (2016) Integrasi konsep dan teori beban kognitif dalam pendidikan kejuruteraan di Malaysia: satu kajian literatur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3). pp. 46-57. ISSN 2180-2491
|
PDF
334kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Bidang pendidikan kejuruteraan telah menyaksikan pertumbuhan yang mampan kebelakangan ini. Namun, kurangnya penyelidikan dalam bidang ini menyebabkan sukar menemui emprikal dan teoritikal yang boleh dijadikan panduan bagi membantu pelajar kejuruteraan menyerap kandungan pembelajaran dengan lebih efektif. Secara dasarnya, reka bentuk kejuruteraan merupakan satu aktiviti kognitif yang kompleks, disebabkan pembelajaran domain ini kebanyakannya memerlukan keupayaan pelajar untuk menggunakan beban mental yang tinggi dalam pembelajaran. Bagaimanapun, salah satu kunci untuk membantu pelajar menghadapi cabaran ini adalah dengan membantu mereka menyesuaikan diri dalam membina pengetahuan dan kemahiran dengan mudah untuk menguasai kandungan pembelajaran yang berbentuk novel atau kompleks. Mujurlah, Teori Beban Kognitif kaya dengan pelbagai maklumat dan berupaya menjana kaedah pengajaran yang lebih berkesan dalam menyediakan garis panduan untuk reka bentuk pengajaran. Merujuk kepada teori ini, sebahagian besar sifat-sifat pembelajaran dan ciri-ciri pelajar telah ditekankan dalam menguruskan beban ingatan kerja melalui reka bentuk pengajaran. Oleh itu, kajian literatur ini bertujuan untuk mengkaji dan meneliti kajian emprikal terdahulu dalam prospek Teori Beban Kognitif dengan membandingkan keberkesanan pembelajaran pelajar bagi mendapatkan satu pendekatan yang relavan dengan domain kejuruteraan. Hasil kajian mendapati, pembelajaran berasaskan contoh kerja adalah lebih relavan dilaksanakan dalam pembelajaran kejuruteraan berbanding penyelesaian masalah terutamanya pada fasa awal pembelajaran. Seterusnya, dua jenis pendekatan pengajaran berasaskan contoh kerja dicadangkan dalam kajian ini. Pertama, pendekatan contoh kerja mudah ke sukar dan kedua adalah sebaliknya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Contoh kerja; Domain kejuruteraan; Pendekatan pengajaran; Penyelesian masalah; Reka bentuk pengajaran kejuruteraan; Teori beban kognitif |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9894 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Jul 2016 03:53 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:51 |
Repository Staff Only: item control page