Abdul Samad Hanif, and Mohamed NorAzhari Azman, and Hendri Pratama, and Nurul Nazirah Mohd Imam Ma’arof, (2016) Kit pemantauan penyambungan litar elektrik: satu kajian efikasi Alat Bantu Mengajar. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3). pp. 69-78. ISSN 2180-2491
|
PDF
503kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Kit pemantau penyambungan litar elektrik merupakan Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi memudahkan para pelajar mempelajari dan memahami prinsip litar elektrik asas, khususnya mendalami cara penyambungan litar pendawaian dengan betul berdasarkan litar skima yang diberi tanpa perlu pengawasan atau bantuan guru sepenuh masa. Kit ini juga memperkenalkan pelajar dengan istilah-istilah asas dalam litar elektrik yang dapat ditunjukkan melalui sambungan yang dibuat dan hasilnya dipaparkan pada LCD/lampu penunjuk. Dengan adanya kit ini, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah kerana pelajar boleh mengesan sendiri kesalahan dalam penyambungan pendawaian melalui respon yang diberikan. Apa yang menarik berkaitan kit ini, ia mendorong pelajar menjadi lebih yakin apabila berjaya melakukan sambungan dengan betul, sifat ini tidak mungkin dicapai bagi pelajar yang ramai dalam satu kelas. Sifat yakin diri dan berkebolehan memeriksa penyambungan litar sendiri tanpa bantuan daripada guru menjadi salah satu matlamat dalam pendidikan. Gadget ini dilengkapi dengan kemudahan mengesan dan memaparkan sambungan yang sudah dilakukan dan yang belum dilakukan. Kemudahan ini dapat menambahkan keberkesanan penyampaian pengetahuan dan kemahiran dalam kerja litar elektrik asas, kebolehan membaca dan mentafsir litar elektrik dan pelajar berupaya melakukan amali pemindahan litar skima ke litar pendawaian. Hasilnya, kemahiran penyambungan litar elektrik asas akan bertambah baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | ABM; Kemahiran penyambungan litar elektrik; Litar elektrik asas; Litar skima; Penyambungan litar pendawaian; Prinsip litar elektrik asas |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9896 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Jul 2016 04:06 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:51 |
Repository Staff Only: item control page