Tee, Tze Kiong and Alvy Wendyline Florentius, and Mariam Abu, and Dalilah Mohd Rubi, and Suriani Mohamed, and Yee, Mei Heong and Mimi Mohaffyza Mohamad, (2016) Tahap penguasaan teori dan amali dalam kalangan pelajar ekonomi rumah tangga: kajian persepsi di universiti awam Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3). pp. 79-87. ISSN 2180-2491
|
PDF
253kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Penguasaan teori dan amali adalah penting dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berketerampilan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi tahap penguasaan teori dan amali pelajar-pelajar Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di sebuah universiti awam bagi kursus jahitan. Seramai 100 orang pelajar program Sarjana Muda ERT terlibat sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data daripada responden kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 18.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah α = .771. Dapatan kajian menunjukkan persepsi tahap penguasaan teori pelajar adalah pada tahap sederhana (min = 0.65) dan amali juga adalah sederhana (min = 3.50). Keputusan analisis ujian ANOVA mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penguasaan teori dan amali pelajar ERT dalam kursus jahitan bagi semester pengajian. Walau bagaimanapun, analisis ujian Eta pula menunjukkan bahawa terdapat tiga item teori dan empat item amali yang mempunyai hubungan signifikan rendah dengan semester pengajian. Analisis Pearson r pula menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara penguasaan teori dengan penguasaan amali dalam kalangan pelajar ERT.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ekonomi rumah tangga; Jahitan; Modal insan; Pendidikan teknikal dan vokasional; Penguasaan teori |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9897 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Jul 2016 04:10 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:51 |
Repository Staff Only: item control page