Tahap kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran: kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu

Mohd Hasril Amiruddin, and Isma Atiqah Ngadiran, and Fathin Liyana Zainudin, and Norhayati Ngadiman, (2016) Tahap kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran: kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3). pp. 111-121. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
277kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik pelajar di Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berdasarkan lima elemen kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran etika dan profesional. Responden kajian terdiri dari 300 orang pelajar dalam pelbagai jurusan kejuruteraan di IKM, Johor Baharu. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis inferens menggunakan ujian-t adalah untuk melihat perbezaan kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik yang dikaji adalah tinggi di mana nilai min keseluruhan bagi kemahiran kerja berkumpulan ialah 4.08, kemahiran komunikasi ialah 4.06, kemahiran kepimpinan ialah 4.05, kemahiran menyelesaikan masalah ialah 4.05 dan kemahiran etika dan profesional ialah 4.03. Manakala ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Kajian ini penting kepada pihak Institut Kemahiran Mara dalam mengenal pasti tahap amalan kemahiran generik perlu ditingkatkan lagi dengan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran etika dan professional; Kemahiran generik; Kemahiran kepimpinan; Kemahiran kerja berkumpulan; Kemahiran komunikasi; Kemahiran menyelesaikan masalah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9903
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2016 23:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page