Modul Peta Minda Buzan dan pencapaian pelajar pendidikan asas vokasional di Malaysia: satu kajian keberkesanan

Muhammad Asri Madmor, and Tee, Tze Kiong and Mohamed Nor Azhari Azman, and Ridzwan Che Rus, and Zaliza Hanafi, and Jailani Md Yunod, (2016) Modul Peta Minda Buzan dan pencapaian pelajar pendidikan asas vokasional di Malaysia: satu kajian keberkesanan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3). pp. 139-144. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
258kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) boleh dijadikan satu pendekatan alternatif dan memberi sumbangan penting ke atas pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional. Modul merupakan satu siri aktiviti pembelajaran yang dirancang secara sistematik bagi membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan MPK Peta Minda Buzan (PMB) terhadap pencapaian pelajar Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Seramai 88 orang pelajar PAV dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk kajian kuasi-eksperimental. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α = .898. Ujian korelasi Pearsonr digunakan untuk mengenal pasti kekuatan hubungan antara pembolehubah. Keputusan ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif sederhana yang signifikan antara tahap penguasaan PMB dengan markah ujian pencapaian (r = .890). Keputusan analisis data ujian ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan markah ujian pos pencapaian antara kumpulan rawatan (KR) dengan kumpulan kawalan (KK) (p<.05).

Item Type:Article
Keywords:Kuasi-eksperimental; Modul pembelajaran kendiri; Pencapaian; Pendidikan asas vokasional; Pendidikan teknikal dan vokasional; Peta Minda Buzan
ID Code:9906
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Jul 2016 00:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page