Pengaruh minat terhadap pembentukan pekerja berkemahiran di Malaysia: kajian kes pelatih Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL)

Ridzwan Che' Rus, and Mohamed Nor Azhari Azman, (2016) Pengaruh minat terhadap pembentukan pekerja berkemahiran di Malaysia: kajian kes pelatih Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3). pp. 168-180. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
312kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pendidikan vokasional adalah komponen penting dalam pembentukan sumber manusia di negara pesat membangun seperti Malaysia. Masalahnya pendidikan teknikal dan vokasional sering dianggap sebagai pendidikan kelas kedua dan ini melemahkan minat terhadap bidang ini dan dengan itu merendahkan bilangan enrolmen pelatih . Kajian ini menerokai fenomena pembentukan kemahiran dalam kalangan pelatih Institiut Latihan Perindustrian. Dengan menggunakan kaedah kualitatif Grounded Theory data primer didapati dari soalselidik mendalam 32 responden yang terdiri daripada pentadbir, pengajar, pelatih, majikan, dan rakan pelatih di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) yang telah dipilih secara pensampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tekad dan minat pelatih merupakan faktor utama dalam pembentukan pekerja berkemahiran tinggi. Pembentukan tekad ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti dorongan keluarga, pengajar dan pentadbir. Implikasi dapatan kajian ini mengukuhkan peranan tekad dan minat di dalam mentransformasi pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Grounded Theory; Institut latihan industri; Minat pelatih; Pekerja berkemahiran; Pendidikan teknikal dan vokasional; Tekad pelatih
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9909
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Jul 2016 00:37
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page