Amalan gaya pembelajaran pelajar cemerlang di Politeknik Seberang Perai: kajian pelajar Malaysia berdasarkan model Felder Silvermen

Che Ghani Che Kob, and Mai Shihah Abdulah, and Arasinah Kamis, and Zaliza Hanapi, and Ridzuan Che Rus, (2016) Amalan gaya pembelajaran pelajar cemerlang di Politeknik Seberang Perai: kajian pelajar Malaysia berdasarkan model Felder Silvermen. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (3). pp. 181-191. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
263kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti dan meneliti amalan gaya pembelajaran pelajar-pelajar dengan pencapaian tinggi di Politeknik Seberang Perai. Gaya pembelajaran pelajar ditentukan dengan merujuk kepada Model Gaya Pembelajaran Felder-Silverman (1988) yang mengkategorikan gaya pembelajaran kepada empat dimensi iaitu pemprosesan (active/reflective), persepsi (sensing/intuitive), input (visual/verbal) dan pemahaman (sequential/global). Kajian ini juga mengunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif. Pada peringkat pertama pelajar dikehendaki menjawab soal selidik kajian dan diikuti dengan protokol temubual. Pemilihan sampel seramai 16 orang pelajar untuk ditemubual merujuk kepada pencapaian akademik tertinggi dan skor markah tertinggi dari pengukuran soal selidik mengikut setiap dimensi gaya pembelajaran. Index Learning Style (ILS) digunakan sebagai instrumen kajian ini. ILS mengandungi 44 item dibina oleh Felder dan Solomon (1996) untuk mengukur amalan gaya pembelajaran pelajar. Hasil kajian menunjukkan tahap amalan gaya pembelajaran bukan faktor utama penentu kepada pencapaian akademik pelajar. Sebaliknya kebolehan pelajar menggunakan kekuatan dan memperbaiki kelemahan setiap dimensi gaya pembelajaran adalah penentu kepada pencapaian akademik pelajar. Kajian turut menunjukkan bahawa pelajar-pelajar lebih cenderung mengamalkan gaya pembelajaran seimbang bagi setiap dimensi kecuali dimensi input iaitu lebih kepada gaya pembelajaran visual berbanding verbal. Kesimpulan kajian menunjukkan pelajar boleh memilih dan mengamalkan apa sahaja tahap gaya pembelajaran bagi setiap dimensi kerana setiap sub-skala dimensi mempunyai kekuatan yang tersendiri yang membolehkan pelajar memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang. Namun begitu, pelajar perlu sedar kelemahannya dan berusaha mengatasinya. Kemampuan pelajar mengadaptasikan diri dengan amalan tahap seimbang gaya pembelajaran bagi setiap sub-skala dimensi akan memudahkan pelajar menyesuaikan diri dengan sebarang pendekatan pengajaran pensyarah.

Item Type:Article
Keywords:Adaptasi gaya pembelajaran, dimensi gaya pembelajaran, gaya pembelajaran pelajar, Indeks Gaya Pembelajaran, model pembelajaran Felder Silvermen, pelajar cemerlang
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9910
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Jul 2016 00:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page