Kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Arab.

Ghazali Yusri, and Nik Mohd Rahimi, and Parilah M. Shah, and Wan Haslina Wah, and Ahmed Thalal Hassan, (2011) Kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Arab. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (1). pp. 81-96. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
97kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri (self-efficacy) dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 17 yang melibatkan seramai 445 orang sampel yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Data kualitatif pula dianalisis dengan menggunakan perisian NVIVO7 yang melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri pelajar berada pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap komponen ini pula menunjukkan bahawa jangkaan untuk berjaya dalam kursus di UiTM berada pada tahap yang tinggi manakala jangkaan untuk menguasai kemahiran lisan bahasa Arab secara umum berada pada tahap yang sederhana. Kajian ini mencadangkan agar konsep jangkaan terhadap keupayaan kendiri perlu diterapkan dalam kalangan pelajar bersesuaian dengan pencapaian mereka yang berbeza. Begitu juga, bahan pembelajaran.

Item Type:Article
Keywords:kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri; pembelajaran bahasa Arab;kemahiran lisan bahasa Arab; pembelajaran kendiri; MSLQ
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:992
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:04 May 2011 04:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page