Sheikh Sa’id Hawwa: latar belakang & ketokohan di dalam bidang pendidikan Islam

Baderun, Mawaddah and Hussin, Haziyah (2016) Sheikh Sa’id Hawwa: latar belakang & ketokohan di dalam bidang pendidikan Islam. Al-Hikmah, 8 (1). pp. 19-35. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
397kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Dalam era globalisasi kini, peranan pendidik menjadi semakin kompleks dan mencabar. Selain mendidik, pendidik juga bertanggungjawab membentuk sahsiah pelajar selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, wujud pelbagai isu berkaitan sahsiah, tanggujawab dan etika perguruan yang mencalar imej pendidik. Hal ini menggambarkan bahawa terdapat kepincangan dalam kalangan pendidik menghayati amalan profesionalisme. Natijahnya, usaha membentuk sahsiah pelajar terhalang sehingga memberi impak kepada jiwa mereka. Justeru, pendidik memerlukan suatu kaedah pembentukan sahsiah muslim yang unggul mencontohi tokoh Islam sebagai teladan dan panduan dalam bidang pendidikan Islam, antaranya ialah Sheikh Sa’id Hawwa. Sheikh Sa’id Hawwa merupakan seorang ulama yang berpengalaman sebagai pendidik dan mengintegrasikan ilmu dan amal, ibadah dan jihad serta politik dan bakti kemanusiaan. Artikel ini bertujuan membincangkan ketokohan Sheikh Sa’id Hawwa di dalam bidang Pendidikan Islam yang diasaskan kepada pengalaman dan latar belakang kehidupan beliau. Data-data dikumpul dan dianalisis secara kualitatif dengan tema-tema yang dibentuk berasaskan penemuan kajian daripada kandungan bukunya Hazihi Tajribati wa Hazihi Syahadati dan Jundullah Thaqafah wa Akhlaqan. Hasil kajian membuktikan ketokohan Sheikh Sa’id Hawwa dalam bidang Pendidikan Islam seperti ketegasan dalam mempertahankan agama, aktif dalam bidang penulisan, sumbangan dalam pembangunan pendidikan dan persediaan kerohanian dapat dipraktikkan oleh pendidik dalam membantu mutu perkhidmatan pendidikan.

Item Type:Article
Keywords:Tanggungjawab pendidik; Tokoh Islam; Pendidikan Islam
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9929
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2017 07:19
Last Modified:16 Jan 2017 07:57

Repository Staff Only: item control page