Persepsi masyarakat Islam terhadap keberkesanan metodologi dakwah Pusat Dakwah Islamiah Negara Brunei Darussalam

Dayang Ummi Fa'izah Abdul Rahman, and Salasiah Hanin Hamjah, and Izzah Nur Aida Zur Raffar, (2016) Persepsi masyarakat Islam terhadap keberkesanan metodologi dakwah Pusat Dakwah Islamiah Negara Brunei Darussalam. Al-Hikmah, 8 (1). pp. 36-53. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
522kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Dakwah berkembang di Negara Brunei Darussalam dengan begitu pesat sejak tahun 1950-an sehingga kini. Pelbagai institusi ditubuhkan dan bergiat aktif ke arah merealisasikan cabaran dakwah Islam termasuk Pusat Dakwah Islamiah. Namun pada masa kini, statistik masalah sosial dalam kalangan remaja di Negara Brunei Darussalam semakin meningkat dan membimbangkan pelbagai pihak. Institusi dakwah dilihat seolah-olah tidak berperanan dalam mengatasi masalah sosial di Brunei. Justeru itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis persepsi masyarakat Islam terhadap keberkesanan metodologi dakwah Pusat Dakwah Islamiah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Soal Selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Seramai 370 orang responden telah dipilih dalam kajian ini menggunakan persampelan bertujuan. Penganalisisan data pula dilakukan secara deskriptif menggunakan SPSS version 21 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min (purata). Hasil kajian mendapati metodologi dakwah yang dilakukan oleh Pusat Dakwah Islamiah dari sudut gaya penyampaian berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan Pusat Dakwah Islamiah perlu meningkatkan metodologi dakwah kepada masyarakat agar agama Islam lebih dihayati dan dijadikan sebagai panduan hidup masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi; Masyarakat Islam; Metodologi dakwah; Pusat Dakwah Islamiah, Brunei Darussalam
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9930
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2017 07:30
Last Modified:16 Jan 2017 07:48

Repository Staff Only: item control page