Pendekatan pengukuhan personaliti bapa dalam kalangan peserta di LPPKN

Izzah Nur Aida Zur Raffar, and Salasiah Hanin Hamjah, (2016) Pendekatan pengukuhan personaliti bapa dalam kalangan peserta di LPPKN. Al-Hikmah, 8 (1). pp. 69-84. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
414kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Bapa sebagai ketua dalam keluarga seharusnya menjadi ‘role model’ kepada isteri dan anak-anak. Namun, ada dalam kalangan bapa masa kini yang tidak menunjukkan ciri personaliti yang baik sebagai seorang bapa seperti panas baran, mendera, merogol, membunuh, tidak memberi nafkah kepada anak-anak dan sebagainya. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis pendekatan pengukuhan personaliti bapa yang diamalkan oleh peserta bapa di LPPKN. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 60 orang responden dalam kalangan bapa telah dipilih secara rawak berlapis di LPPKN. Data melalui borang soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati peserta bapa mengamalkan pendekatan seperti mendalami ilmu agama dan mengamalkannya, muhasabah diri, berazam tinggi untuk menjadi bapa yang baik, tazkiyah al-Nafs, mendapatkan sokongan sosial daripada isteri, pengaruh rakan dan persekitan (al-bi’ah) yang baik serta penyertaan dalam program keibubapaan untuk mengukuhkan personaliti kebapaan. Implikasi kajian dapat membantu bapa memperkukuh personaliti baik dalam membina kesejahteraan keluarga dan masyarakat Islam umumnya. Kajian ini juga dapat memberi input dan sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti LPPKN, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya dalam menguruskan hal ehwal kekeluargaan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Pendekatan; Pengukuhan; Personaliti; Bapa; Perspektif Islam
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9932
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2017 07:52
Last Modified:16 Jan 2017 07:52

Repository Staff Only: item control page