Tahap penontonan filem genre dakwah dalam kalangan audien di Malaysia

Azimah Misrom, and Rosmawati Mohamad Rasit, (2016) Tahap penontonan filem genre dakwah dalam kalangan audien di Malaysia. Al-Hikmah, 8 (1). pp. 85-101. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
520kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Penghasilan filem yang menepati genre filem dakwah dapat memberi manfaat kepada penonton terutama dalam aspek keagamaan. Namun, filem yang dihasilkan pada masa kini kurang menerapkan elemen dakwah dan mengurangkan pengembangan dakwah dalam genre filem. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap penontonan genre filem dakwah dalam kalangan audien di Malaysia dan mengkaji perbezaan tahap penontonan filem genre dakwah dalam kalangan audien di Malaysia mengikut jantina. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik kepada 500 orang responden di lima buah pawagam di Lembah Klang iaitu Alamanda, Midvalley, The Mines, NU Central dan KLCC. Kajian ini menggunakan persampelan rawak kluster dan dianalisis secara deskriptif dan ujian inferensi T-Perbandingan. Hasil kajian mendapati penontonan filem genre dakwah mestilah mematuhi konsep patuh syariah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, membawa persoalan tentang Islam kepada masyarakat, memaparkan latar belakang masyarakat yang berpegang kepada ajaran Islam, dilakonkan oleh pelakon Islamik, mempromosikan nilai-nilai murni, medium penyampaian dakwah, membawa tema ketuhanan, membawa tema Islamik dan perwatakan berkisar agamawan. Hasil kajian juga berdasarkan ujian T-Perbandingan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina. Implikasi kajian ini dapat mengembangkan dakwah dan menanam minat audien untuk menonton filem berkonsepkan Islamik.

Item Type:Article
Keywords:Tahap penontonan; Filem genre dakwah; Audien
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9933
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2017 08:00
Last Modified:16 Jan 2017 07:53

Repository Staff Only: item control page