Analisis kognitif semantik peribahasa Melayu bersumberkan anjing (canis familiaris)

Imran Ho-Abdullah, (2011) Analisis kognitif semantik peribahasa Melayu bersumberkan anjing (canis familiaris). GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (1). pp. 125-141. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
111kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Peribahasa berkaitan dengan haiwan boleh ditemui dalam hampir semua bahasa dan budaya. Makalah ini membincangkan mekanisme kognitif yang membolehkan manusia membentuk peribahasa melibatkan haiwan dalam dari sudut linguistik kognitif.Khususnya, peranan metafora Rantaian Mahkluk Utama (RUM) dan metonimi spesifik melambangkan yang generik dalam semantik peribahasa Melayu berkaitan dengan anjing diteliti. Metafora RUM berasaskan satu pandangan budaya rakyat (folk culture) tentang hieraki makhluk dalam dunia hakiki. Menurut hieraki ini, setiap haiwan secara protaip mempunyai tingkah laku naluri masing-masing. Namun, budaya dan pengalaman masyarakat yang berbeza dalam berinteraksi dengan haiwan seperti anjing, kucing dan sebagainya akan membentuk model kognitif yang berbeza yang tercermin dalam peribahasa haiwan dalam bahasa tersebut. Mekanisme metonimi pula berperanan memindahkan sesuatu tingkah laku spesifik haiwan kepada sesuatu trait manusia secara umum. Hal ini memungkinkan skema metaforikal tentang pelbagai haiwan diwujudkan.Kerangka Ibañez-Moreno (2005) digunakan untuk menganalisis peribahasa Melayu bersumberkan anjing dengan melakukan pemetaan mandala sumber dan sasaran berdasarkan metafora dan metonimi itu. Analisis mendapati dalam peribahasa Melayu,anjing lazimnya dipetakan kepada orang yang lemah, hina, jahat, serta tidak berilmu. Ini amat berbeza dengan pemetaan yang berlaku dalam bahasa Inggeris di mana anjing sering dipetakan kepada manusia yang taat setia. Sekali gus, hal ini menampakkan perbezaan antara proposisi dan skema metaforikal dalam semantik peribahasa haiwan.

Item Type:Article
Keywords:semantik kognitif; peribahasa haiwan; bahasa Melayu; metafora; metonimi
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:994
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:04 May 2011 04:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:28

Repository Staff Only: item control page