Normala Othman, (2016) Sejarah dan latar belakang masyarakat Kadayan. Al-Hikmah, 8 (2). pp. 3-18. ISSN 1985--6822
|
PDF
368kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Masyarakat Kadayan merupakan salah satu suku kaum peribumi yang terdapat di sebahagian besar Kepulauan Borneo iaitu di Sabah, W.P Labuan, Sarawak dan Negara Brunei. Petempatan utama mereka di Sabah tertumpu di daerah Sipitang dan Papar manakala di Sarawak pula masyarakat Kadayan boleh ditemui di Limbang, Lawas, Miri, Sibuti dan Bintulu. Masyarakat Kadayan dikatakan merupakan antara penduduk asal di negara Brunei. Ketika di bawah pemerintahan Sultan Bolkiah (1485-1524), Brunei mempunyai jajahan takluk amat luas meliputi Pulau Borneo hingga ke kepulauan Sulu. Kekuatan dan keluasan empayar Brunei pada ketika itu memungkinkan berlakunya penghijrahan penduduk Brunei ke wilayah-wilayah yang ditakluki. Masyarakat Kadayan memiliki ciri fizikal yang sama seperti Melayu-Brunei. Mereka bertutur dalam dialek Kadayan yang berada di bawah rumpun bahasa Melayu. Kehidupan tradisi masyarakat Kadayan adalah berkait rapat dengan pertanian dan penanaman padi merupakan aktiviti ekonomi utama mereka. Justeru, kertas ini akan membincangkan mengenai keunikan warisan tradisi masyarakat Kadayan dan sejauhmanakan mereka mampu mempertahankan warisan tersebut sehingga ke hari ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sejarah; Masyarakat Kadayan; Warisan |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 9940 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Jan 2017 01:45 |
Last Modified: | 16 Jan 2017 08:02 |
Repository Staff Only: item control page