Arab Hadhrami dan Arab peranakan di Malaysia

Latifah Abdul Latiff, and Siti Nor Baya Yacob, and Anita Ismail, and Adibah Sulaiman, and Mashitah Sulaiman, and Azmir Mohd Nizah, (2016) Arab Hadhrami dan Arab peranakan di Malaysia. Al-Hikmah, 8 (2). pp. 19-37. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
422kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Kepelbagaian etnik adalah sesuatu yang unik. Malah ia merupakan satu fitrah alam yang mewarnai kehidupan manusia. Dalam Islam tiada satu istilah atau konsep yang mengatakan bahawa sesuatu etnik itu lebih baik daripada etnik yang lain kerana manusia adalah sama sahaja. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kelangsungan sesuatu etnik dalam masyarakat di mana setiap etnik mempunyai peranan dan penglibatan mereka yang tersendiri. Makalah ini membincangkan secara ringkas sejarah penghijrahan orang Arab Hadhrami ke Malaysia dan penglibatan mereka dalam masyarakat Melayu yang berbeza dari segi etnik, bahasa dan budaya serta penerimaan masyarakat Melayu terhadap orang Arab secara amnya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara analisis kandungan sumber primer seperti bahan arkib, dokumen dan rekod rasmi. Selain itu, sumber sekunder seperti artikel ilmiah, buku dan majalah turut dirujuk. Temu bual juga dijalankan. Namun, makalah ini tidak berniat untuk mengkaji semula semua kajian yang telah dijalankan setakat ini. Sebaliknya ia bertujuan untuk meneliti bagaimana masyarakat Arab khususnya keturunan Sayyid menyesuaikan diri dalam masyarakat multi etnik di Malaysia serta penglibatan mereka dalam masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa orang Arab Hadhrami khususnya keturunan sayyid berjaya menyesuaikan diri dengan budaya dan cara hidup masyarakat Melayu melalui perkahwinan campur. Bahkan mereka juga telah menjadi sebahagian daripada masyarakat Melayu dan dianggap sebagai Melayu. Walau bagaimanapun, ada dalam kalangan mereka yang masih mengekalkan tradisi dan cara eksklusif hidup orang Arab.

Item Type:Article
Keywords:Arab Hadhrami; Arab peranakan; Etnik; Malaysia
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9943
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2017 06:47
Last Modified:16 Jan 2017 08:15

Repository Staff Only: item control page