Nazri Muslim, and Fazilah Idris, and Rozita Ibrahim, and Rozmel Abdul Latiff, and Nasruddin Yunos, and Ahmad Zamri Mansor, and Hasanah Abd Khafidz, (2016) Persepsi pelajar UKM terhadap hubungan etnik di Malaysia. Al-Hikmah, 8 (2). pp. 38-59. ISSN 1985--6822
|
PDF
519kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Isu-isu hubungan etnik di Malaysia telah banyak berubah dalam tempoh lima dekad lalu. Pada tahun 1950-an, isu kewarganegaraan dan kontrak sosial mendominasi hubungan etnik, diikuti dengan isu bahasa pada tahun 1960-an sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), manakala kuota dan urbanisasi mencorakkan hubungan etnik pada tahun 1970-an dan 1980-an. Pada tahun 1990-an dan milenium, isu-isu agama begitu kuat mempengaruhi hubungan etnik di negara ini. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi pelajar UKM terhadap hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 618 responden. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Untuk itu, statistik deskriptif digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan persepsi pelajar terhadap hubungan etnik. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap hubungan etnik diterima dengan baik oleh pelajar seperti masyarakat pelbagai etnik di Malaysia hidup secara harmoni, Malaysia adalah negara contoh untuk negara pelbagai etnik dan bahasa dan agama berupaya menyatupadukan rakyat Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menangani isu berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | UKM; Persepsi pelajar; Hubungan etnik; Silang budaya; Kesatuan |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 9944 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Jan 2017 06:56 |
Last Modified: | 16 Jan 2017 08:17 |
Repository Staff Only: item control page