Metod dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman suku kaum masyarakat Murut di pedalaman Sabah

Abd Hadi Borham, and Wahyu Hidayat Abdullah, and Mohamad Marzuqi Abdul Rahim, and Muhammad Akramin Kamaruzaman, (2016) Metod dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman suku kaum masyarakat Murut di pedalaman Sabah. Al-Hikmah, 8 (2). pp. 60-80. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
498kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Suku kaum Murut merupakan salah satu etnik pribumi yang kedua terbesar dan tertua di negeri Sabah.Masyarakat Murut masih kurang beragama Islam berbanding Kristian khususnya di pedalaman Sabah. Dalam konteks ini, Mohd Fadli Yusof merupakan seorang pendakwah bebas telah mendekati masyarakat non-muslim khususnya daripada suku kaum Murut di pedalaman Pensiangan Sabah sejak tahun 2011. Beliau telah berjaya mengislamkan seramai 269 non-muslim di pedalaman Sabah,yang terdiri daripada suku kaum Murut. Bagi melihat perkara tersebut, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti metod dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman suku kaum masyarakat Murut di pedalaman khususnya di Pensiangan. Reka bentuk kajian yang digunakan secara kualitatif dengan kaedah pemerhatian ikut serta dan temu bual berdasarkan persampelan bertujuan. Pemilihan responden juga melibatkan pelbagai pihak bagi mengukuhkkan kesahan data. Hasil kajian menunjukkan metod dakwah Mohd Fadli Yusof yang dikenal pasti ialahmemahami psikologi mad’u,menarik psikologi madʻū dengan kelainan dan kesamaan, membina hubungan sosial yang baik dengan golongan madʻū, menggunakan komunikasi berhemah dan menarik psikologi mad’u dengan masjid.Dakwah beliau telah diterima baik oleh golongan madʻū dalam suku kaum Murut yang beragama Kristian dan pagan. Dapatan ini juga menunjukkan pengislaman tersebut telah meningkatkan jumlah penganut Islam dalam kalangan suku kaum Murut di Sabah.

Item Type:Article
Keywords:Metod dakwah; Mohd Fadli Yusof; Murut; Pedalaman Sabah
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9945
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2017 07:00
Last Modified:16 Jan 2017 08:19

Repository Staff Only: item control page