Azlina Mohd Khir, and Ma'rof Redzuan, and Hanina H. Hamsan, and Mohd Ibrani Shahrimin, (2016) Nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di negeri Pahang dan Perak, Malaysia. Al-Hikmah, 8 (2). pp. 97-109. ISSN 1985--6822
|
PDF
373kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli. Ia juga bertujuan untuk menentukan perbezaan nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan berdasarkan pencapaian akademik responden. Kajian ini melibatkan 402 remaja Orang Asli di negeri Pahang dan Perak yang dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik melalui prosedur tadbir sendiri dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Hasil kajian mendapati responden secara puratanya lemah dalam pelajaran dan mempunyai tahap nilai pencapaian serta orientasi masa hadapan yang sederhana. Kajian juga mendapati nilai pencapaian (F(2, 399) = 11.14; p < 0.01) dan orientasi masa hadapan (F(2, 399) = 28.11; p < 0.01) berbeza secara signifikan berdasarkan tahap pencapaian akademik. Responden yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lebih baik mempunyai tahap nilai pencapaian yang lebih tinggi dan orientasi masa hadapan yang lebih optimis, berbanding rakan yang rendah tahap pencapaian akademiknya. Kesimpulannya, faktor psikologikal seperti nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar. Justeru, dalam usaha mempertingkatkan mutu akademik para pelajar Orang Asli, kedua-dua faktor tersebut perlu diberikan perhatian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Nilai pencapaian; Orientasi masa hadapan; Pencapaian akademik; Remaja; Orang Asli |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 9947 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Jan 2017 07:14 |
Last Modified: | 16 Jan 2017 08:26 |
Repository Staff Only: item control page