Penerimaan masyarakat terhadap aktiviti Rukun Tetangga mengikut jantina

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, and Nur Syafiqah Huda Mohd Rashidi, (2016) Penerimaan masyarakat terhadap aktiviti Rukun Tetangga mengikut jantina. Al-Hikmah, 8 (2). pp. 110-127. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
562kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Rukun Tetangga (RT) telah diperkenalkan pada tahun 1975. Objektif kajian secara umumnya untuk mengkaji tahap penerimaan masyarakat terhadap Rukun Tetangga. Kajian ini lebih menekankan kepada penglibatan individu dalam Rukun Tetangga, kepimpinan dalam Rukun Tetangga dan interaksi antara sesama ahli RT. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti adakah Rukun Tetangga dapat diterima oleh masyarakat terutama melalui penerimaan dari segi jantina dan juga pemahaman penduduk terhadap RT seterusnya penglibatan mereka di dalamnya. Seramai 1866 orang responden telah dipilih berpandukan senarai Rukun Tetangga yang berdaftar yang didapati dari Jabatan Perpaduan Negara. Kajian ini meliputi kawasan negeri-negeri Utara di Malaysia iaitu Kedah. Responden telah menjwab soal selidik yang diberikan kepada mereka melalui kiriman pos. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjuan . Instrumen yang digunakan ialah IBM SPSS 20.0 untuk menganalisis hasil penyelidikan. Dapatan kajian mengatakan responden lelaki melebihi dari responden perempuan iaitu sebanyak 57.4% dan 42.6%. Selain itu, kajian mendapati purata mean rank untuk lelaki melebih perempuan iaitu 955.84 dan 903.34 dalam ‘ Bebanan kerja bukanlah menghalang saya daripada melakukan aktviti RT. Bagi ‘Hubungan RT di kalangan saya dengan persatuan penduduk yang lain adalah sangat erat’ lebih sipersetujui oleh lelaki iaitu purata mean ialah 968.66 dan wanita pula 886.02. Oleh itu, kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang berkenaan dan semangat bekerjasama antara ini juga dapat membuktikan bahawa masyarakat masih mengekalkan budaya tradisional masyarakat Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Rukun tetangga; Penerimaan masyarakat; Jantina
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9948
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2017 07:18
Last Modified:16 Jan 2017 08:31

Repository Staff Only: item control page