Sistem Kad Perakam Waktu (KPW) era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia

Muniroh Abdul Rohman, and Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, (2016) Sistem Kad Perakam Waktu (KPW) era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia. Al-Hikmah, 8 (2). pp. 166-183. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
374kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Kajian kepimpinan ini mengkaji mengenai sistem kad perakam waktu kepada kakitangan Awam di Malaysia. Justeru, sepanjang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun di Malaysia terdapat banyak dasar dan pembangunan yang beliau laksanakan. Salah satu sistem yang dilancarkan untuk membangunkan kakitangan awam adalah memperkenalkan sistem kad perakam waktu. Kajian ini mendapati bahawa sistem KPW diperkenalkan adalah untuk memastikan supaya semua kakitangan tidak datang lewat ke pejabat atau keluar untuk pulang sebelum waktu yang sewajarnya. Islam juga memerintah umatnya untuk konsisten terhadap peraturan Allah yang ditetapkan. Justeru, kakitangan awam perlu memiliki sifat disiplin bagi menangani masalah kelewatan ke tempat kerja. Hal ini kerana sifat disiplin dapat mengetahui yang lebih utama dan mengutamakan perkara yang lebih utama. Sifat disiplin juga dapat dilihat dalam penilaian pengurusan masa dan janji. Selain itu, dengan berdisiplin kakitangan awam dapat mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang disamping mempunyai etika kerja serta profesionalisme yang tinggi. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dan data diperolehi melalui semakan dokumen dan analisis kandungan bagi mendapatkan hasil kajian. Sifat disiplin adalah satu sifat yang murni untuk dijadikan sebahagian daripada jati diri umat Islam khususnya masyarakat Melayu di Malaysia. Hai ini kerana dengan adanya sifat ini dalam diri, setiap pengurusan sama ada diri atau masyarakat akan lebih cepat, pantas dan kemas. Oleh sebab itu, pengurusan yang baik akan dapat meningkatkan taraf setiap pekerjaan untuk lebih maju dari masa ke semasa.

Item Type:Article
Keywords:Sistem Perakam Waktu; Kepimpinan; Tun Dr Mahathir Mohamad; Malaysia
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9951
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2017 07:36
Last Modified:16 Jan 2017 08:37

Repository Staff Only: item control page