Makanan dalam pembayang pantun Melayu: satu wacana dari perspektif gastronomi

Khalila Ilia Ismail, and Mohd Faizal Musa, (2016) Makanan dalam pembayang pantun Melayu: satu wacana dari perspektif gastronomi. Jurnal Melayu, 15 (1). pp. 1-13. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
191kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/804

Abstract

Makanan merupakan antara keperluan asas dalam pembentukan kelangsungan hidup manusia. Makanan juga menjadi medium dalam perhubungan dan komunikasi antara manusia, yang merupakan sebahagian daripada ilmu gastronomi. Sebagaimana makanan, pantun turut dikenali sebagai alat menyampaikan perasaan. Pembayang pantun sering diabaikan dan dikatakan hadir hanya sebagai ‘penyedap’ pantun. Objektif makalah ini ialah untuk meneroka unsur makanan dalam pembayang pantun serta peranan dan fungsinya. Kajian menggunakan pendekatan eklektik seperti yang dikemukakan oleh David Waines tentang masakan menerusi komponen pewaris dan warisan. Kajian mendapati pemaparan makanan Melayu dalam pantun dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pertama; makanan dan peranannya. Kedua, makanan dan resepi; dan ketiga, makanan dan penyediaan. Kajian mendapati makanan Melayu termasuk dalam kelompok fusion cuisine yang memiliki ciri-ciri tersendiri. Makanan Melayu juga adalah satu wahana dialog oleh si pengecap makanan dengan dunia atau alam lainnya.

Item Type:Article
Keywords:Gastronomi; Makanan; Pantun; Komunikasi; Kosmologi Melayu
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:9954
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jan 2017 00:37
Last Modified:19 Jan 2017 01:27

Repository Staff Only: item control page