Noraini Abdul Shukor, and Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, (2016) Padi sebagai tanda dalam peribahasa Melayu. Jurnal Melayu, 15 (1). pp. 26-49. ISSN 1675-7513
|
PDF
363kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/804
Abstract
Orang Melayu menggunakan kebijaksanaan mereka untuk meneliti tanda-tanda dan unsur alam bagi melahirkan ungkapan yang indah tentangnya dalam peribahasa. Makalah ini meneliti unsur alam iaitu padi sebagai salah satu tanda yang kemudiannya banyak dipindahkan dalam peribahasa. Padi dipilih kerana ia merupakan sumber ekonomi dan juga sumber utama makanan masyarakat Melayu. Unsur tersirat di sebalik tanda-tanda pada padi dihurai dengan membuat penilaian dan pentafsiran agar dapat lebih difahami. Pemahaman ini boleh dijadikan sebagai panduan kehidupan seharian khususnya dalam sosialisasi. Buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai (2011) yang diselenggarakan oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan, terbitan Universiti Putra Malaysia digunakan sebagai teks kajian. Pendekatan Firasat di bawah Pendekatan Alamiah dalam Teori Pengkaedahan Melayu dimanfaatkan sebagai kerangka teori untuk melihat tanda dan makna yang dikemukakan menerusi padi dalam peribahasa. Proses ini akhirnya memenuhi matlamat paksi Teori Pengkaedahan Melayu iaitu untuk mencapai kebajikan, ketakwaan dan kesusilaan. Analisis ditumpukan terhadap makna dan peranan padi dalam kehidupan orang Melayu. Dapatan penelitian ini antara lain menyimpulkan bahawa padi berperanan sebagai tanda hubungan persaudaraan dan kekeluargaan, pembinaan akhlak yang baik dan sumber rezeki dalam beberapa peribahasa Melayu yang dirujuk.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Peribahasa; Pengkaedahan Melayu; Firasat; Tanda; Padi |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 9956 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Jan 2017 00:47 |
Last Modified: | 17 Jan 2017 09:18 |
Repository Staff Only: item control page