Nor Asma Ab Aziz, and Muhd Norizam Jamian, (2016) Akhlak pemimpin dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain: satu analisis pendekatan adab. Jurnal Melayu, 15 (1). pp. 50-66. ISSN 1675-7513
|
PDF
215kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/804
Abstract
Kajian ini membincangkan mengenai akhlak pemimpin dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain. Pemimpin yang difokuskan dalam kajian ini adalah Iskandar Zulkarnain yang merupakan seorang penakluk yang hebat. Nama Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam al-Quran dan sejarah Islam adalah sama dengan Alexander the Great di Barat. Perbezaan nama itu timbul kerana Raja Iskandar Zulkarnain menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua Eropah sampai ke Timur Jauh. Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat. Perbincangan ini melihat keperibadian akhlak yang dimiliki oleh Raja Iskandar Zulkarnain bagi melahirkan insan yang dikenali sebagai insan adabi. Data kajian ini adalah teks Hikayat Iskandar Zulkarnain yang diselenggarakan Khalid M. Hussain (2013). Kajian ini mengaplikasikan pendekatan adab berasaskan model kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas (2001). Syed Muhammad Naquib Al-Attas menggariskan bahawa antara prinsip adab yang harus ada dalam diri seseorang bagi melahirkan seorang insan adabi ialah amal ihsan. Amal ihsan ialah perbuatan yang saling berhubung dengan prinsip ilmu, kebijaksanaan dan keadilan yang berlaku dalam kehidupan manusia. Apabila prinsip tersebut diamalkan, akan terlahirlah insan yang memiliki akhlak yang mulia serta budi pekerti yang baik seperti yang digambarkan melalui watak Raja Iskandar Zulkarnain. Hal ini menunjukkan bahawa adab, akhlak dan budi saling berkaitan dalam membentuk insan adabi. Selain itu, Hikayat Iskandar Zulkarnain turut menjadi panduan kepada khalayak dalam menjalin hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas) yang menjelaskan status peranan bagi setiap manusia di dunia sebagai khalifah Allah serta sebagai hamba-Nya. Berdasarkan kepada pendekatan adab, Raja Iskandar Zulkarnain memenuhi kriteria seorang pemimpin yang berakhlak tinggi. Akhlak yang dimiliki Raja Iskandar Zulkarnain melayakkan beliau digelar sebagai insan adabi kerana menepati prinsip-prinsip pendekatan adab yang digariskan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Akhlak pemimpin; Amal ihsan; Hablumminallah; Hablumminannas; Hikayat Iskandar Zulkarnain; Pendekatan adab |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 9957 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Jan 2017 00:54 |
Last Modified: | 17 Jan 2017 09:17 |
Repository Staff Only: item control page