Kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu: persepsi dan harapan mahasiswa

Kartini Abd Wahab, and Sa’adiah Ma’alip, and Maslida Yusof, and Karim Harun, (2016) Kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu: persepsi dan harapan mahasiswa. Jurnal Melayu, 15 (2). pp. 177-195. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
613kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/864

Abstract

Program Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan ilmu teras dan aplikasi dalam bidang kajian linguistik Melayu. Walau bagaimanapun perkembangan mutakhir telah mencetuskan cabaran kepada bidang pengajian ini dari kerelevanan dan sumbangannya. Antara persoalan yang timbul, “Adakah pengajian bahasa Melayu pada masa ini mampu menyerlahkan kebitaraannya dari segi pengisian ilmu dan prospek kerjaya kepada mahasiswa?” Sehubungan itu, satu kajian dijalankan dengan tujuan untuk meneliti apakah persepsi dan harapan mahasiswa terhadap kualiti ilmu dan potensi bidang pengajian bahasa Melayu. Soal selidik dijalankan ke atas 155 responden yang mengikuti Program Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden menunjukkan persepsi yang positif atau keyakinan yang tinggi terhadap kualiti ilmu yang ditawarkan oleh program ini. Hal ini menunjukkan potensi kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu sebagai program bidang linguistik yang mampu menyediakan mereka dengan kepakaran dalam bidang tersebut. Walau bagaimanapun dari aspek harapan, dapatan kajian menunjukkan bahawa harapan responden terhadap prospek kerjaya yang berkaitan bidang linguistik Melayu adalah rendah pada tahap pengajian Tahun 3. Justeru, usaha di peringkat program dan juga kalangan mahasiswa dalam menangani cabaran ini harus dipertingkatkan bagi menjamin kebitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu, sesuai dengan perkembangan semasa dan prospek bidang ini yang sebenarnya amat luas dan tanpa sempadan.

Item Type:Article
Keywords:Program Pengajian Bahasa Melayu; Persepsi; Harapan; Universiti Kebangsaan Malaysia; Kebitaraan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:9966
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jan 2017 06:49
Last Modified:19 Jan 2017 06:36

Repository Staff Only: item control page