Salinah Jaafar, and Rohaidah Haron, (2016) Kesilapan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Yunnan di Akademi Pengajian Melayu. Jurnal Melayu, 15 (2). pp. 197-209. ISSN 1675-7513
|
PDF
228kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/864
Abstract
Akademi Pengajian Melayu merupakan antara fakulti yang banyak menerima kemasukan pelajar asing dari negara China yang ingin mempelajari bahasa Melayu dan mendapatkan ijazah dalam bidang Pengajian Melayu. Pendaftaran pelajar-pelajar China bagi kursus bahasa Melayu dan kursus-kursus lain di Akademi Pengajian Melayu (APM) telah menjadi satu fenomena yang tidak asing lagi di Universiti Malaya dan di Malaysia. Melalui perjanjian MOA dan MOU yang ditandatangani oleh Universiti Malaya dan universiti-universiti yang terlibat dari negara China, jumlah pelajar yang dihantar ke Akademi Pengajian Melayu semakin meningkat setiap tahun. Pelajar-pelajar ini hanya mempunyai kelayakan asas dalam bahasa Melayu dan hal ini menjadi satu cabaran kepada tenaga pengajar dan struktur kursus yang ditawarkan. Penguasaan bahasa Melayu yang asas sering menjadi masalah dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan pelajar. Kajian ini akan meneliti aspek kesilapan bahasa dalam kalangan pelajarpelajar Yunnan University of Nationalities (YUN), China, khususnya dari aspek morfologi, sintaksis dan mekanikal. Sehubungan itu, kajian ini memanfaatkan skrip jawapan peperiksaan akhir para pelajar YUN sebagai bahan kajian. Makalah ini turut mengemukakan saranan dan cadangan untuk membantu pelajar asing mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahasa Melayu; Analisis kesilapan; Morfologi; Sintaksis; Mekanikal |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 9967 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Jan 2017 06:52 |
Last Modified: | 19 Jan 2017 06:38 |
Repository Staff Only: item control page