Pemilihan bahasa masyarakat Chetti di Melaka

Rahilah Omar, and Nasrun Alias, and Teo, Kok Seong (2016) Pemilihan bahasa masyarakat Chetti di Melaka. Jurnal Melayu, 15 (2). pp. 211-222. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
454kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/864

Abstract

Masyarakat Chetti merupakan golongan etnik minoriti yang terdapat di Melaka. Masyarakat ini merupakan golongan masyarakat bahasa yang unik kerana walaupun mereka adalah daripada suku kaum India tetapi mereka tidak bertutur dalam bahasa Tamil, sebaliknya mereka bertutur dalam bahasa Chetti. Sehubungan dengan itu kajian ini bertujuan melihat pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat ini. Pemilihan bahasa oleh masyarakat bahasa Chetti ini dijalankan di kawasan perkampungan mereka di Kampung Gajah Berang, Melaka. Metodologi penyelidikan yang digunakan termasuklah soal-selidik, temu-bual dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat bahasa Chetti masih aktif menggunakan bahasa mereka terutamanya dalam domain rumah atau keluarga. Namun mereka juga mempunyai kebolehan berbahasa Inggeris dengan baik dan menggunakannya dalam interaksi seharian mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa bahasa Chetti merupakan bahasa yang masih dipilih sebagai bahasa pertuturan dalam masyarakat minoriti ini dan ia merupakan suatu keadaan yang amat positif bagi sebuah masyarakat yang berada dalam lingkungan golongan majoriti di Melaka khususnya.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa minoriti; Masyarakat Chetti; Kepupusan bahasa; Pemilihan bahasa; Sosiolinguistik
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:9968
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jan 2017 06:56
Last Modified:19 Jan 2017 06:39

Repository Staff Only: item control page