Mohd Suhaimi Mohamad, and Khaidzir Ismail, and Nasrudin Subhi, and Nik Hairi Omar, (2016) Hubungan di antara kesihatan mental dengan minat kerjaya dalam kalangan gelandangan di Kem Desa Bina Diri, Malaysia. AKADEMIKA, 86 (1). pp. 11-19. ISSN 0126-5008
|
PDF
299kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/770
Abstract
Isu gelandangan dan kesihatan mental menjadi popular apabila disensasi oleh media walhal isu tersebut sudah lama wujud dalam masyarakat bandar. Namun, disebabkan kekurangan kajian-kajian tempatan menyebabkan wujudnya kekeliruan dari segi peranan dan keberkesanan perkhidmatan yang sedia ada. Kajian ini bertujuan meneroka isu kesihatan dalam kalangan gelandangan dan minat mereka terhadap kerjaya. Borang soal selidik yang mengandungi dua instrumen iaitu Mental Health Inventory dan Holland Occupational Types dibangunkan untuk mengupas isu gelandangan. Seramai seratus sebelas orang responden telah berjaya direkrut dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan gelandangan yang ditempatkan di institusi pemulihan mengalami tahap kebimbangan dan tahap kemurungan yang tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kebimbangan dan tahap kemurungan dengan minat kerjaya berbentuk realistik, penyiasat dan artistik. Manakala terdapat juga hubungan di antara kawalan tingkahlaku dengan minat kerjaya berbentuk sosial dan keusahawanan. Dapatan kajian ini diharap dapat digunakan dalam merangka program intervensi yang lebih bersesuaian kepada gelandangan di institusi pemulihan. Kajian lain yang berbentuk klinikal juga perlu dilakukan bagi mengenalpasti isu kesihatan mental dalam kalangan gelandangan supaya mereka boleh mendapat rawatan kesihatan mental yang lebih baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gelandangan; Kesihatan mental; Minat kerjaya; Pemulihan institusi; Malaysia |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 9995 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Jan 2017 04:27 |
Last Modified: | 17 Jan 2017 09:35 |
Repository Staff Only: item control page