Peranan keluarga dalam kehidupan kanak-kanak kurang upaya Malaysia

Aizan Sofia Amin, and Jamiah Manap, and Noremy Md Akhir, (2016) Peranan keluarga dalam kehidupan kanak-kanak kurang upaya Malaysia. AKADEMIKA, 86 (1). pp. 21-30. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
278kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/770

Abstract

Malaysia adalah sebuah masyarakat kolektif yang menekankan kepada penyatuan dan rasa kekitaan kepada keluarga. Artikel ini melihat peranan yang dimainkan oleh keluarga dan bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan kanak-kanak kurang upaya dalam pengalaman ketidakupayaan mereka. Seramai 33 wanita kurang upaya fizikal ditemubual sebanyak dua kali di Malaysia untuk meneroka pengalaman zaman kanak-kanak mereka. Hasil kajian mendapati, keluarga memainkan peranan yang penting dalam membantu kebanyakan peserta penyelidikan kerana ketiadaan bantuan kebajikan yang mencukupi. Walaupun kebanyakan wanita ini bergantung kepada keluarga untuk mendapat penjagaan dan sokongan, ramai daripada mereka terpaksa tinggal jauh daripada keluarga akibat daripada pelbagai faktor termasuk ketiadaan bantuan kebajikan yang menyediakan rumah, pendidikan dan latihan yang boleh diakses. Ini menyebabkan mereka mengalami pengasingan fizikal dan psikologi daripada ahli keluarga mereka sendiri. Konflik keluarga juga timbul akibat daripada kesan ketidakupayaan, persaingan adik-beradik dan bebanan emosi dalam keluarga. Kajian ini membuktikan bahawa sokongan terhadap kanak-kanak kurang upaya dan keluarga mereka amat sedikit dan selalunya tiada. Justeru, kajian ini mencadangkan supaya pelbagai agensi negara bekerjasama dalam membantu kanak-kanak-kurang upaya untuk hidup bersama keluarga mereka dan memenuhi keperluan asas yang melibatkan bantuan kewangan, kediaman yang boleh diakses dan sokongan psiko-sosial. Ibu bapa yang bekerja juga perlu dibantu dengan menyediakan insentif kewangan untuk bayaran khidmat penjagaan anak dan juga bantuan dari segi penawaran pusat jagaan harian yang terlatih dalam mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas. Seterusnya, sokongan psiko-sosial seperti khidmat psikologi dan kaunseling harus diberikan kepada kanak-kanak kurang upaya dan penjaga mereka bagi mengatasi pelbagai isu yang berkaitan dengan ketidakupayaan dalam sesebuah keluarga.

Item Type:Article
Keywords:Keluarga; Kanak-kanak kurang upaya; Bantuan kewangan; Rumah; Psiko-sosial
Journal:AKADEMIKA
ID Code:9996
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jan 2017 04:31
Last Modified:17 Jan 2017 09:37

Repository Staff Only: item control page