Sosialisasi organisasi, kumpulan dan tugas dalam kalangan ahli baru Pegawai Tadbir Diplomatik

Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Mohamad Irwan Ahmad, and Mohd Shahfie Jabarullah, (2016) Sosialisasi organisasi, kumpulan dan tugas dalam kalangan ahli baru Pegawai Tadbir Diplomatik. AKADEMIKA, 86 (1). pp. 31-42. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/770

Abstract

Sosialisasi ahli baru adalah proses penyesuaian dan adaptasi dalam organisasi dan proses ini penting dalam melahirkan pegawai yang dapat berfungsi dengan berkesan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji sosialisasi ahli baru Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam organisasi. Soal selidik ditadbir kepada 347 PTD yang berkhidmat tidak melebihi dari tempoh lima tahun. Sebanyak dua alat pengukuran telah digunakan iaitu maklumat demografik dan Newcomer Socialisation Questionnaire (NSQ). NSQ digunakan untuk mengukur sosialisasi ahli baru melalui tiga dimensi iaitu sosialisasi organisasi, sosialisasi kumpulan dan sosialisasi tugas. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS-21 dan AMOS-5. SPSS-21 digunakan untuk analisis data secara deskriptif bagi mengenal pasti tiga tahap dimensi sosialisasi ahli baru dan AMOS-5 digunakan untuk menguji kesahan faktor. Keputusan deskriptif mendapati bahawa kebanyakan responden mempunyai tahap sosialisasi yang tinggi bagi ketiga-tiga dimensi sosialisasi. Keputusan ini menjelaskan bahawa program sosialisasi yang dilaksanakan oleh pihak Institut Tadbiran Awam Negara bersama Jabatan Perkhidmatan Awam berupaya memupuk pegawai PTD yang baharu untuk menyesuaikan diri dengan keperluan organisasi PTD. Walau bagaimanapun, ia masih perlu diperkasakan agar pegawai yang mempunyai tahap sosialisasi yang rendah dan sederhana rendah dapat dipertingkatkan ke arah lebih baik. Selain daripada itu, keputusan analisis kesahan faktor menunjukkan bahawa model sosialisasi ahli baru berpadanan dengan data kajian serta memiliki ketekalan dalaman yang baik dan memuaskan.

Item Type:Article
Keywords:Sosialisasi organisasi; Sosialisasi kumpulan; Sosialisasi tugas; Ahli baru; Pegawai Tadbir Diplomatik
Journal:AKADEMIKA
ID Code:9997
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jan 2017 04:40
Last Modified:17 Jan 2017 09:40

Repository Staff Only: item control page