Juliana Rosmidah Jaafar, and Chong, Sheau Tsuey and Asmawati Desa, and Khadijah Alavi, and Kam, Wooi Seong (2016) Pola dorongan sosial dan niat menderma darah dalam kalangan penderma darah. AKADEMIKA, 86 (1). pp. 43-53. ISSN 0126-5008
|
PDF
313kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/770
Abstract
Pemupukan niat menderma darah yang konsisten penting untuk penglibatan yang berterusan dalam aktiviti ini. Motivasi untuk menggalakkan niat berterusan untuk menderma darah lahir daripada faktor psikologi seperti sikap positif, keyakinan diri dan persepsi tekanan sosial. Namun begitu, seseorang penderma darah tidak boleh bergantung semata-mata terhadap faktor psikologikal kerana aspek ini boleh berubah mengikut penilaian seseorang berdasarkan frekuensi kekerapan pendermaan darah. Oleh itu, diandaikan bahawa penderma darah memerlukan dorongan daripada jaringan sosial sebagai agen untuk mengukuhkan konsistensi niat menderma darah. Makalah ini bertujuan meneroka pola dorongan jaringan sosial terhadap konsistensi niat menderma darah dalam kalangan kumpulan Penderma Darah Awalan (PDA) dan Penderma Darah Mapan (PDM). Data kajian diperolehi melalui sebelas sesi temubual separa struktur terhadap 20 orang penderma darah yang dipilih secara persampelan bertujuan di Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur. Data dianalisis secara bertema. Hasil kajian mendapati bahawa semua informan mempunyai konsistensi niat menderma darah. Kajian ini turut mendapati bahawa wujud pola dorongan sosial yang berbeza antara PDA dan PDM. PDA menunjukkan pola dorongan sosial berbentuk dwi-hala antara mereka dan jaringan sosial. Manakala PDM melaporkan pola secara sehala-eksternal, iaitu dorongan PDM kepada pihak luar. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pihak pengurusan bekalan darah untuk mempertimbangkan kepentingan peranan dorongan sosial terhadap pengekalan niat menderma darah. Kajian akan datang perlu mengkaji dengan lebih mendalam mengenai mekanisma untuk mengukuhkan pola dorongan sosial dalam kalangan penderma darah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penderma darah; Pola dorongan; Jaringan sosial; Konsistensi niat; Pendermaan darah |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 9998 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Jan 2017 04:53 |
Last Modified: | 19 Jan 2017 01:24 |
Repository Staff Only: item control page