Wan Idros Wan Sulaiman, and Maizatul Haizan Mahbob, (2015) Hubungan komunikasi keorganisasian dengan perancangan strategik modal insan Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31 (2). pp. 1-14. ISSN 0128-1496
|
PDF
413kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-...
Abstract
Komunikasi keorganisasian adalah antara pemangkin utama dalam merancang dan membentuk perancangan strategik pembangunan modal insan sesebuah organisasi. Kegagalan pihak atasan dalam membentuk satu sistem perancangan strategik yang mantap akan membawa kepada kegagalan dalam melahirkan kakitangan yang bersifat proaktif, berfikiran prolifik, berdaya saing, kreatif dan berinovatif. Kajian yang memfokuskan kepada komunikasi keorganisasian ini diharap dapat memacu proses perancangan strategik pembangunan modal insan organisasi. Justeru, kajian yang melibatkan seramai 318 orang responden dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini memberikan tumpuan kepada beberapa elemen penting dalam komunikasi keorganisasian seperti budaya organisasi, nilai dan etika, sifat dan sikap pekerja dalam membantu menjayakan proses perancangan strategik modal insan UKM. Objektif utama kajian ialah untuk menganalisis hubungan komunikasi keorganisasian dengan perancangan strategik modal insan dan kajian ini juga akan melibatkan kaedah survei dalam kalangan kakitangan UKM. Semua pengedaran soal selidik dijalankan dengan kaedah bersemuka bagi mandapatkan maklumat yang lebih tepat dan telus. Pengukuran pembolehubah berdasarkan skala likert dan dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS (Statistical Package for Social Sciences). Kajian membuktikan bahawa aspek komunikasi keorganisasian memberikan impak dan pengaruh yang kuat terhadap perancangan strategik modal insan.Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan hasil kajian yang positif yang melibatkan impak hubungan komunikasi keorganisasian dengan perancangan strategik pembangunan modal insan di UKM terutamanya dalam konteks persekitaran organisasi secara holistik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Komunikasi keorganisasian; Perancangan strategik; Pembangunan modal insan; Budaya organisasi; Nilai dan etika |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 9999 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Jan 2017 00:54 |
Last Modified: | 24 Jan 2017 07:55 |
Repository Staff Only: item control page