Hubungan kesukaran meregulasi emosi dan tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja: perapatan kepada komuniti sebagai perantara

Fatin Adha Murad, and Mohammad Rahim Kamaluddin, and Norruzeyati Che Mohd Nasir, (2020) Hubungan kesukaran meregulasi emosi dan tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja: perapatan kepada komuniti sebagai perantara. AKADEMIKA, 90 (2). pp. 3-16. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
426kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1255

Abstract

Dewasa ini, banyak kes jenayah menyaksikan remaja sebagai pelaku. Kajian-kajian lepas menunjukkan penglibatan remaja dalam delinkuensi disebabkan oleh pelbagai faktor bermula dari domain individu (psikologikal), sosial, sehinggalah pengaruh di peringkat persekitaran dan komuniti. Walaupun pelbagai kajian telah dilakukan dalam memahami faktor psikologikal, tidak banyak kajian yang memfokuskan peranan aspek perapatan kepada jiran tetangga dan komuniti dalam konteks delinkuen remaja dan kaitannya dengan faktor psikologikal. Justeru, objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti pengaruh perapatan kepada komuniti sebagai perantara antara kesukaran meregulasi emosi dan tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah yang terletak di Perak. Kajian ini menggunakan soal selidik yang merangkumi tiga alat ukuran iaitu Skala Perapatan kepada Komuniti, Skala Kesukaran Meregulasi Emosi dan Skala Tingkah Laku Delinkuen Remaja. Kajian ini melibatkan 144 orang remaja warganegara Malaysia yang berumur 13 hingga 16 tahun. Dapatan kajian mendapati perapatan kepada komuniti tidak mempunyai hubungan dengan kesukaran meregulasi emosi (r = 0.069, p = 0.409) dan tingkah laku delinkuen remaja (r = -0.068, p = 0.417). Namun, kesukaran meregulasi emosi mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan tingkah laku delinkuen (r = 0.200, p = 0.019). Walau bagaimanapun, perapatan kepada komuniti tidak dapat menjadi perantara antara kesukaran meregulasi emosi dan tingkah laku delinkuen (F (7, 136) = 1.48, p= .179). Kajian ini diharap dapat memberi input dalam memahami masalah delinkuen yang berlaku di Malaysia terutamanya dalam konteks perapatan komuniti dan regulasi emosi.

Item Type:Article
Keywords:Delinkuen; Kesukaran meregulasi emosi; Perapatan; Komuniti; Remaja
Journal:AKADEMIKA
ID Code:16454
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Apr 2021 03:58
Last Modified:26 Apr 2021 00:57

Repository Staff Only: item control page