Pengekalan budaya Melayu dalam masyarakat Melayu Kampung Padang Balang, Gombak

Nur Qhairun Nabiha Hussin, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2022) Pengekalan budaya Melayu dalam masyarakat Melayu Kampung Padang Balang, Gombak. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (3). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
235kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Artikel ini mengenai pengekalan budaya Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung Padang Balang, Gombak. Kampung Padang Balang bersempadanan dengan Kuala Lumpur yang merupakan pusat ekonomi, pentadbiran dan sosial. Masyarakat di kampung ini sering mengalami pelbagai cabaran dalam usaha untuk mengekalkan budaya mereka. Pemasalahan kajian ini mengenai bagaimana usaha pihak masyarakat di Kampung Padang Balang untuk mengekalkan budaya Melayu daripada pengaruh luar. Objektif kajian ini adalah menganalisis mengenai usaha-usaha masyarakat ini untuk mengekalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini terdiri daripada dua kaedah iaitu kajian lapangan dan kajian keperpustakaan. Kajian lapangan dilakukan di Kampung Padang Balang dengan menggunakan teknik pemerhatian pasif, pemerhatian ikut serta dan tembu bual. Kaedah temu bual menggunakan teknik temu bual separa struktur dan temu bual fokus berkumpulan terhadap penduduk kampung yang berautoriti untuk memperolehi data. Begitu juga, kajian ini turut disokong dengan data sekunder yang diperolehi melalui kajian keperpustakaan. Kajian ini menggunakan teknik analisis tematik dalam usaha menyaringkan dan memperolehi data yang diperlukan. Hasil dapatan baharu mendapati penduduk masyarakat Melayu di Kampung Padang Balang dapat mempertahan budaya Melayu yang mereka warisi walaupun berlaku perubahan masa, kemodenan dan teknologi di sekeliling. Oleh itu, hasil kajian jelas menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan oleh masyarakat Melayu di Kampung Padang Balang dapat mempertahankan dan mengekalkan budaya Melayu dalam masyarakat mereka. Justeru itu, kajian ini telah memberi satu sumbangan yang amat bermakna kepada masyarakat dan komuniti dalam usaha masyarakat setempat untuk mengekalkan budaya yang mereka warisi dan amal serta penambah baikan perkembangan kosa ilmu pengetahuan dalam bidang Pengajian Melayu amnya budaya Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Budaya; Kejiranan; Kemodenan; Melayu; Pengekalan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20424
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Nov 2022 02:03
Last Modified:09 Nov 2022 07:02

Repository Staff Only: item control page