Khadijah An-Najibah Azaha Sabri, and Lai, Wei Sieng (2022) Faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam kalangan graduan ketika pandemik COVID-19. Jurnal Personalia Pelajar, 25 (1). pp. 9-21. ISSN 0128-2735
|
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...
Abstract
Pandemik Covid-19 telah menyebabkan masalah pengangguran menjadi isu yang panas di seluruh dunia. Kebiasaan lepasan graduan dan pekerja lebih mengambil berat tentang gaji, persekitaran pekerjaan, minat dan kestabilan pekerjaan dalam memilih kerjaya. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti dan melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan dalam kalangan graduan sebelum dan selepas Covid-19. Antara pembolehubah penting yang digunakan ialah faktor gaji, faktor minat dan pengalaman, faktor persekitaran dan faktor kestabilan pekerjaan. Kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai responden. Model yang digunakan dalam kajian adalah berasaskan Model Herzberg manakala analisis statistik yang digunakan adalah deskriptif statistik dan ujian Wilcoxon T bagi melihat perbezaan faktor sebelum dan semasa Covid-19. Hasil kajian menunjukkan ada perbezaan tahap kepentingan bagi setiap pembolehubah walapun sedikit sebelum dan semasa Covid-19 di mana semua pembolehubah menjadi kurang penting semasa Covid-19 berbanding sebelum Covid-19 dalam memilih kerjaya di kalangan pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pemilihan pekerjaan; Faktor gaji; Faktor minat; Faktor kestabilan kerja |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 20700 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Dec 2022 03:01 |
Last Modified: | 12 Dec 2022 06:14 |
Repository Staff Only: item control page