Kelimpahan dan komposisi serangga di hutan pesisir pantai dan pedalaman Pulau Redang, Terengganu, Malaysia

Marina Roseli, and Khairil Mahmud, (2022) Kelimpahan dan komposisi serangga di hutan pesisir pantai dan pedalaman Pulau Redang, Terengganu, Malaysia. Serangga, 27 (3). pp. 1-11. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
221kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/serangga/article/view/562...

Abstract

Pulau Redang di Terengganu merupakan salah sebuah pulau yang popular di Malaysia. Namun, perkembangan industri perlancongan di Pulau Redang yang semakin berkembang perlu dikawal selia dari semasa ke semasa untuk memastikan keseimbangan fauna sentiasa terpelihara. Justeru, satu kajian telah dijalankan di Pulau Redang bertujuan menentukan kelimpahan dan komposisi serangga di kawasan hutan pesisir pantai dan hutan pedalaman pulau tersebut menggunakan perangkap Malaise, perangkap dulang kuning dan perangkap lubang. Semua perangkap tersebut diletakkan selama tujuh hari dan sampel serangga yang dikumpul telah dibawa ke makmal untuk proses pengasingan, perkiraan dan pengecaman. Sejumlah 972 individu daripada 14 order serangga telah berjaya disampel di hutan Pulau Redang. Hymenoptera merupakan order paling melimpah yang direkodkan dengan nilai sebanyak 48.36% (470 individu) dan diikuti oleh Diptera pada nilai 32.10% (312 individu). Manakala Blattodea adalah order paling kurang melimpah yang direkodkan sebanyak hanya 0.21% (2 individu). Jumlah kelimpahan serangga yang disampel di hutan pedalaman relatifnya lebih tinggi (501 individu) berbanding hutan pesisir pantai (471 individu). Walaubagaimanapun, tiada perbezaan bererti (P>0.05) terhadap kelimpahan serangga di antara kedua-dua hutan di Pulau Redang tersebut. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada kajian selanjutnya berkaitan inventori spesies serangga di Pulau Redang.

Item Type:Article
Keywords:Kelimpahan serangga; Hutan pesisir pantai; Hutan pedalaman; Pulau
Journal:Serangga
ID Code:21038
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:02 Feb 2023 08:38
Last Modified:07 Feb 2023 08:47

Repository Staff Only: item control page