Norizan Mat Diah, and Nor Azan Mat Zin, (2016) Enjin aktiviti menyurih belajar menulis aksara Jawi. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 5 (1). pp. 61-69. ISSN 2289-2192
|
PDF
505kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/709
Abstract
Tulisan Jawi diperkenal kepada masyarakat Melayu sejak kurun ke-14. Namun, pada hari ini terdapat ramai generasi muda yang tidak boleh menguasai tulisan Jawi. Oleh kerana Jawi adalah teras bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, maka pelajar perlu menguasai tulisan dan bacaan Jawi bagi memudah pembelajaran subjek tersebut. Masalah penguasaan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan kanak-kanak bermula dengan pembentukan aksara Jawi. Bagi memantap pembentukan aksara Jawi, pelajar perlu terlebih dahulu mahir menyurih aksara. Menyurih aksara merupakan salah satu aktiviti awal bagi kanak-kanak dalam proses belajar menulis aksara Jawi. Aktiviti tersebut mengguna teknologi digital dengan maklum balas masa nyata. Ia merupakan salah satu teknologi baharu dalam proses pembelajaran menulis Jawi. Menyurih di atas tablet mengguna pen stilus adalah sebagai input. Kajian ini bertujuan membangun enjin menyurih bagi memberi maklum balas terhadap ketepatan aktiviti menyurih oleh pengguna. Ketepatan maklum balas aktiviti menyurih dinilai dengan mengguna kaedah analisis perbandingan dengan melihat skor persetujuan di antara maklum balas enjin menyurih dan maklum balas pakar. Skor persetujuan Indeks Pekali Kebolehpercayaan Krippendorff Alfa (Krippendorff a) diguna bagi mengukur persetujuan di antara maklum balas enjin menyurih dan maklum balas pakar. Hasil penilaian skor persetujuan Krippendorff a mendapati ketepatan maklum balas enjin menyurih hampir sama dengan maklum balas yang diberi oleh pakar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Surihan; Maklum balas; Masa nyata; Menulis Jawi; Aksara Jawi; Enjin menyurih |
Journal: | Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia) |
ID Code: | 10057 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Jan 2017 04:40 |
Last Modified: | 25 Jan 2017 09:55 |
Repository Staff Only: item control page