Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw II terhadap pencapaian pembelajaran teks puisi tradisional dalam kalangan pelajar kolej vokasional

Nur Syaza Farha Diyazid, and Shamsudin Othman, and Azhar Md. Sabil, (2017) Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw II terhadap pencapaian pembelajaran teks puisi tradisional dalam kalangan pelajar kolej vokasional. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (2). pp. 41-50. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
504kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Isu yang sentiasa dibangkitkan dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu adalah mengenai masalah untuk memahami teks sastera yang dikaji di samping persekitaran pembelajaran yang membosankan. Selain itu, terdapat juga guru-guru yang masih kurang pengetahuan mengenai tahap pelaksanaan teknik Jigsaw II menyebabkan teknik ini masih jarang digunakan dalam pembelajaran. Masih terdapat guru-guru yang mengamalkan kaedah pembelajaran bersifat tradisional menyebabkan para pelajar berasa bosan dan sukar untuk menguasai mesej yang cuba disampaikan melalui teks sastera. Secara khusus, pengkaji ingin mengkaji sejauh mana berkesannya kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw II dalam meningkatkan prestasi kefahaman pelajar terhadap kemahiran membaca teks sastera melalui 5 tahap pelaksanaan Jigsaw II yang telah digariskan oleh Slavin (1995). Kajian yang berbentuk kuasi eksperimen ini melibatkan 60 orang responden, iaitu 30 orang dalam kumpulan kawalan dan 30 orang dalam kumpulan eksperimen. Soal selidik dan set kuiz sebelum dan selepas pelaksanaan teknik Jigsaw II diberikan. Hasil kajian menunjukkan teknik Jigsaw II berkesan dalam meningkatkan pencapaian pembelajaran dalam teks puisi tradisional kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Teknik Jigsaw II juga memupuk suasana pembelajaran yang aktif dan tanggungjawab untuk menuntut ilmu pengetahuan yang tinggi dalam kalangan responden.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran; Koperatif; Jigsaw II; Membaca; Teks sastera
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:11354
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Feb 2018 01:54
Last Modified:09 Feb 2018 09:30

Repository Staff Only: item control page