Rangka kerja permainan MMORPG berasaskan gaya pembelajaran untuk pembelajaran rangkaian komputer

Mulyadi, Mercy Trinovianti and Nor Azan Mat Zin, (2019) Rangka kerja permainan MMORPG berasaskan gaya pembelajaran untuk pembelajaran rangkaian komputer. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 8 (1). pp. 63-77. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
876kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/1179

Abstract

Penggunaan rangkaian komputer yang meluas dan permintaan yang tinggi untuk kemahiran rangkaian komputer dalam perniagaan dan industri menyebabkan kursus Rangkaian Komputer semakin popular di institusi pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, pembelajaran konvensional tidak berjaya membina kefahaman dan skil berkaitan pada tahap yang dijangka. Pencapaian pelajar untuk kursus rangkaian komputer menunjukkan penurunan yang ketara. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa majoriti pelajar merasakan pengajaran tidak menepati gaya pembelajaran mereka maka kebosanan menyebabkan pencapaian menurun. Oleh itu kajian ini bermatlamat untuk meneliti keberkesanan penggunaan permainan Massive Multiplayer On line Role Playing Game (MMORPG) yang direka bentuk berasas kan gaya pembelajaran untuk memotivasi dan membantu pembelajaran kursus Rangkaian Komputer. Objektif kajian ini ialah untuk membangunkan rangka kerja pembelajaran kursus Rangkaian Komputer menggunakan permainan atas talian yang mengambil kira gaya pembelajaran, mengesahkan rangka kerja dengan mengimplementasikan membangunkan prototaip permainan dan menilai penerimaan pelajar. Sebuah prototaip permainan IPGame yang menggunakan teori konstruktivisme, teori pembelajaran dewasa, teori flow, teori kelekaan dan teknik perancah dihasilkan. Gaya pembelajaran yang digunakan ialah sekuential dan global. Hasil kajian menunjukkan permainan berjaya memotivasikan pelajar justeru rangka kerja ini boleh diguna untuk membangunkan permainan pembelajaran untuk kandungan yang serupa.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran berasaskan permainan digital; Gaya pembelajaran; Rangkaian komputer; WarCraft III
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:14152
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Feb 2020 04:32
Last Modified:07 Feb 2020 11:07

Repository Staff Only: item control page